Monday, 22 April 2013

Hukum OHM

Hukum yang menyatakan bahawa arus didalam litar yang lengkap adalah berkadar terus dengan voltan dan berkadar songsang dengan rintangan bagi suatu litar elektrik


V = IR


Dimana :

I    -- arus [ A ]
V   -- voltan [ V ]
R   -- rintangan [ Ω ]

Sunday, 21 April 2013

Kuantiti Asas Elektrik

Daya gerak elektrik 

Daya atau tekanan elektrik yang menyebabkan cas elektrik mengalir.
Simbol : E
Unit     : volt [ V ]

Cas elektrik 

Terdiri daripada cas +ve dan -ve.
Simbol : Q
Unit     : coulomb [ C ]

Arus

Pergerakan cas elektrik yang disebabkan oleh pergerakan elektron bebas yang mengalir daripada terminal +ve ke -ve.
Simbol : I
Unit     : ampere [ A ]

Bezaupaya [ voltan ]

Perbezaan keupayaan di antara 2 titik.
Simbol : V
Unit     : volt [V ]

Rintangan

Merupakan penentangan terhadap pengaliran arus.
Simbol  : R
Unit      : ohm [  Ω ]

Kerintangan 

Merupakan sifat pengalir di mana ianya melawan atau mengurangkan aliran arus elektrik untuk melaluinya
Simbol : p [ rho ]
Unit     : ohm meter [ Ω ]



Saturday, 20 April 2013

Pengenalan Kepada Elektrik

Apakah yang dikatakan dengan elektrik ?
Elektrik adalah suatu tenaga yang tidak dapat dilihat, tetapi boleh dirasa.

Ianya boleh dihasilkan kesan daripada tindakan :
Geseran , haba dan aruhan elektromagnet

Tindakan tenaga elektrik boleh ditukarkan kepada beberapa punca tenaga , iaitu :

Tenaga cahaya   -- seperti lampu
Tenaga Haba      -- seperti seterika
Tenaga bunyi       --  seperti radio
Tenaga gerakan  -- seperti motor

Terdapat 2 jenis tenaga elektrik :

Tenaga Statik -- keadaan dimana tiada pergerakan elektron dalam arah tertentu.

Tenaga dinamik -- keadaan dimana terdapat pergerakan elektron dalam arah tertentu.



Salam Perkenalan

Assalamualaikum,

Salam perkenalan buat semua.Selamat datang ke blog cikgu - utin.Insaallah cikgu akan berkongsi sedikit ilmu yang cikgu ada.Baiklah, cikgu cerita serba sedikit mengenai diri cikgu.

Cukup hanya dikenali sebagai cikgu - utin, iaitu kombinasi kerja cikgu dan juga si utin yang tersayang.

Tercetusnya idea untuk cikgu buat blog ni sebab cikgu nak share serba sedikit ilmu tak seberapa yang cikgu ada.Sekarang ni kan semuanya dihujung jari.Semua maklumat boleh didapati dengan sekelip mata.Macam apa yang cikgu nampak sekarang pun, rata rata pelajar mencari maklumat melalui internet.Antara malas atau tidak sahaja semua ni.Nak ke tak nak.betol tak?

Macam cikgu sendiri, cikgu suka kalau pelajar cikgu cari maklumat lebih melalui internet.Kita tak boleh nak harapkan cikgu 100% kan?.Kita kena usaha untuk tingkatkan diri kita.

Ok, rasanya sampai sini dulu untuk permulaan cerita.Insaallah lain hari kita akan kenal dari masa ke semasa.

Dan, cikgu harap dengan adanya laman ini dapat membantu pelajar diluar sana.Orang kata, tak banyak... sedikit pun jadilah.

Semoga berjaya.