Assalamualaikum,
Salam perkenalan buat semua.Selamat datang ke blog cikgu - utin.Insaallah cikgu akan berkongsi sedikit ilmu yang cikgu ada.Baiklah, cikgu cerita serba sedikit mengenai diri cikgu.
Cukup hanya dikenali sebagai cikgu - utin, iaitu kombinasi kerja cikgu dan juga si utin yang tersayang.
Tercetusnya idea untuk cikgu buat blog ni sebab cikgu nak share serba sedikit ilmu tak seberapa yang cikgu ada.Sekarang ni kan semuanya dihujung jari.Semua maklumat boleh didapati dengan sekelip mata.Macam apa yang cikgu nampak sekarang pun, rata rata pelajar mencari maklumat melalui internet.Antara malas atau tidak sahaja semua ni.Nak ke tak nak.betol tak?
Macam cikgu sendiri, cikgu suka kalau pelajar cikgu cari maklumat lebih melalui internet.Kita tak boleh nak harapkan cikgu 100% kan?.Kita kena usaha untuk tingkatkan diri kita.
Ok, rasanya sampai sini dulu untuk permulaan cerita.Insaallah lain hari kita akan kenal dari masa ke semasa.
Dan, cikgu harap dengan adanya laman ini dapat membantu pelajar diluar sana.Orang kata, tak banyak... sedikit pun jadilah.
Semoga berjaya.
No comments:
Post a Comment